Skip to Content
English Bahasa Melayu
 

Kebolehcapaian

K  R  B  cbiru  chitam  cputih  chitam
  

Juga Pada Hari Ini.. Juga Pada Hari Ini..

Peristiwa Peristiwa

Back

PERSIDANGAN BADAN-BADAN BAHASA DAN PERSURATAN MELAYU

Pada hari ini dalam tahun 1959, Persidangan Badan-badan Bahasa dan Persuratan Melayu, berlangsung di Bangunan Persekutuan Guru-guru Melayu Selangor, Kuala Lumpur. Persidangan yang dihadiri oleh 40 buah Persatuan Bahasa dan Persuratan Melayu dari seluruh Persekutuan Tanah Melayu ini, dirasmikan oleh Menteri Pelajaran, Encik Mohd. Khir Johari. Dalam ucapannya, Encik Khir Johari menyatakan Dewan Bahasa dan Pustaka akan dipertanggungjawabkan bagi penyusunan buku-buku sekolah, penerbitan buku-buku dan majalah untuk bacaan orang ramai. Tambahnya, pengajaran Bahasa Kebangsaan di semua peringkat sekolah akan diperluaskan. Dalam persidangan tersebut juga, Perlembagaan Lembaga Tetap Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Persekutuan Tanah Melayu, diluluskan. Lembaga yang ditubuhkan sejak tiga tahun lalu, bertujuan menyelaras penganjuran Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu bagi mencari jalan untuk memperkaya dan memperluaskan perkembangan bahasa dan persuratan Melayu. Persidangan yang julung-julung kali diadakan ini, banyak membantu dalam perkembangan Bahasa Kebangsaan. 

Skrip: Aliza Minai Rajab / Arkib Negara Malaysia


Pihak Kerajaan dan Arkib Negara tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Sesuai dipapar menggunakan IE versi 8.0 dan Mozilla Firefox versi 3.0 & ke atas dengan resolusi 1024 x 768